Wednesday 25 May 2016

HOME MADE MINYAK URUT ASLI BUNGA LAWANG

HOME MADE MINYAK URUT 

Diperbuat daripada minyak kelapa yang terpilih dan rempah bunga lawang untuk lebih khasiat.
Kami juga mengalukan pengedar untuk produk-produk  kami.

Layari laman fb kami : facebook.com/cafetani


JOM BUAT JUS MULBERRY!!

Jus Mulberi in the house..Check this out! Nak resepi, sila komen. Nak keratan - sila komen, Nak baja- pon sila komen ye kawan-kawan

PROTANI- BAJA CHITOSAN ASLI


PRODUK KELUARAN KAMI

BAJA CHITOSAN ASLI- murah dan insyaalah dapat membantu tanaman anda. 
Selamat tanpa perlu ragu-ragu . Tiada campuran bahan kimia yang merbahaya!!

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi
Sri : 0129117142
Atun: 0132574434


Jagung Pasu

Assalamualaikum semua

Ingat tak post sebelum ini berkenaan penggunaan chitosan pada anak pokok jagung?
Buat pengetahuan anda, pokok jagung ini kami cuma tanam di dalam pasu, maklumla kekangan kawasan.
Tapi alhamdulillah, lihatlah hasilnya sekarang ini..


Insyaallah dalam masa terdekat, dapatlah admin merasa buahnya kot?? 

Monday 14 March 2016

BAJA PENGGALAK BENIH - TESTIMONI

Testimoni.

Baja Chitosan boleh membantu menggalak percambahan benih dari biji benih. Caranya? 
Rendam biji benih dengan sebatian chitosan. Seeloknya direndam dalam masa 1 hari. Selepas itu biji benih boleh disemai ke dalam tanah. 


Gambar di atas menunjukkan tunas dari benih jagung. Tempoh percambahan dalam masa seminggu sehingga ke gambar 4. 

Sunday 13 March 2016

KEBAIKAN BAJA CHITOSAN KEPADA TUMBUHAN

Apa itu baja chitosan

Baja chitosan adalah sebatian baja yang diperbuat daripada kulit kerang atau hidupan laut seperti udang, ketam dan sebagainya. Chitosan sangat berkesan mengaktifkan bacteria pemakan  chitin dalam tanah . Antara kelebihan baja ini ialah:
  •  Melindungi tanaman dari diserang perosak dan penyakit. Ini kerana badan serangga dan kulit telur serangga yang mempunyai banyak chitin akan dimusnahkan oleh bacteria pemakan chitin yang terhasil dari baja ini.

  •  Baik untuk sayuran dan buah-buahan

  •  100 % organic, dari bahan semulajadi dan selamat digunakan

  • Membantu tanah menyerap nutrient secara semulajadi dengan cekap dan berkesan

  •  Menggalakan aktiviti mikrob dalam tanah

  •  Boleh mengurangkan sehingga ke 50 % penggunaan baja organik dan kimia

  •   Mampu membantu meningkatkan hingga 30 % hasil tanaman sekiranya digunakan mengikut sukatan yang betul

  •  Membantu membina ketahanan pokok dari serangan penyakit  seperti kulat, virus dan bacteria. 
Dengan menggunakan baja ini, tiada kesan sampingan akibat bahan kimia akan terjadi. Tumbuhan yang sihat dengan hanya menggunakan baja ini akan mengurangkan tenaga dan juga menjimatkan kos.



Membantu menggalakkan pecambahan tunas baru pada keratan batang

Mengatasi masalah serangan serangga perosak 

Penggalak buah 

Elok untuk pertumbuhan anak benih




PETUA ALAMI HILANGKAN KUTIL

Kutil adalah merupakan satu penyakit kulit yang disebabkan jangkitan kuman pada kulit yang menyebabkan kulit menebal dan mengeras. Dalam banyak keadaan, kutil tidak bahaya dan tidak sakit, namun sekiranya kutil terjadi terutamanya di kawasan tapak kaki, biasanya akan mengganggu keselesaan.

Jika kebiasaaanya jika kutil tumbuh di tapak tangan, tindakan memotong kulit yang mengeras dengan pengetip kuku sehingga ke lapisan kulit nipis adakalanya berjaya menghilangkan terus kutil. Tetapi ada juga yang hanya akan menyebabkan kulit berdarah tetapi kutil masih tidak hilang. Jadi, pelbagai kaedah alami yang boleh dibuat bagi menghilangkan kutil antaranya:-

1. Kapur sireh - letak kapur sireh di kawasan yang ada kutil sehingga kering dengan kerap

2. Bawang putih - gosok bawang putih pada kutil dan  biarkan ianya kering. Lakukan hingga kutil hilang.

3. Cuka Epal - Dengan menggunakan kapas, tekap pada kutil ditampal dengan plaster. Biarkan hingga kering dan kapas yang kering diganti baru sehingga kutil hilang. 


4. Kulit pisang - Kulit pisang juga boleh digunakan untuk merawat masalah kutil. Caranya sama juga, gosok kutil dengan bahagian dalam kulit pisang sehingga kutil hilang.

5. Aloe Vera- Juga boleh digunakan untuk menghilangkan kutil.Gosok kutil dengan lendir aloe vera dengan kerap sehingga kutil hilang.

Kita hanya mencuba, insyaallah yang selebihnya berdoa kepada Allah yang Maha Penyembuh.