Monday 14 March 2016

BAJA PENGGALAK BENIH - TESTIMONI

Testimoni.

Baja Chitosan boleh membantu menggalak percambahan benih dari biji benih. Caranya? 
Rendam biji benih dengan sebatian chitosan. Seeloknya direndam dalam masa 1 hari. Selepas itu biji benih boleh disemai ke dalam tanah. 


Gambar di atas menunjukkan tunas dari benih jagung. Tempoh percambahan dalam masa seminggu sehingga ke gambar 4. 

Sunday 13 March 2016

KEBAIKAN BAJA CHITOSAN KEPADA TUMBUHAN

Apa itu baja chitosan

Baja chitosan adalah sebatian baja yang diperbuat daripada kulit kerang atau hidupan laut seperti udang, ketam dan sebagainya. Chitosan sangat berkesan mengaktifkan bacteria pemakan  chitin dalam tanah . Antara kelebihan baja ini ialah:
  •  Melindungi tanaman dari diserang perosak dan penyakit. Ini kerana badan serangga dan kulit telur serangga yang mempunyai banyak chitin akan dimusnahkan oleh bacteria pemakan chitin yang terhasil dari baja ini.

  •  Baik untuk sayuran dan buah-buahan

  •  100 % organic, dari bahan semulajadi dan selamat digunakan

  • Membantu tanah menyerap nutrient secara semulajadi dengan cekap dan berkesan

  •  Menggalakan aktiviti mikrob dalam tanah

  •  Boleh mengurangkan sehingga ke 50 % penggunaan baja organik dan kimia

  •   Mampu membantu meningkatkan hingga 30 % hasil tanaman sekiranya digunakan mengikut sukatan yang betul

  •  Membantu membina ketahanan pokok dari serangan penyakit  seperti kulat, virus dan bacteria. 
Dengan menggunakan baja ini, tiada kesan sampingan akibat bahan kimia akan terjadi. Tumbuhan yang sihat dengan hanya menggunakan baja ini akan mengurangkan tenaga dan juga menjimatkan kos.



Membantu menggalakkan pecambahan tunas baru pada keratan batang

Mengatasi masalah serangan serangga perosak 

Penggalak buah 

Elok untuk pertumbuhan anak benih




PETUA ALAMI HILANGKAN KUTIL

Kutil adalah merupakan satu penyakit kulit yang disebabkan jangkitan kuman pada kulit yang menyebabkan kulit menebal dan mengeras. Dalam banyak keadaan, kutil tidak bahaya dan tidak sakit, namun sekiranya kutil terjadi terutamanya di kawasan tapak kaki, biasanya akan mengganggu keselesaan.

Jika kebiasaaanya jika kutil tumbuh di tapak tangan, tindakan memotong kulit yang mengeras dengan pengetip kuku sehingga ke lapisan kulit nipis adakalanya berjaya menghilangkan terus kutil. Tetapi ada juga yang hanya akan menyebabkan kulit berdarah tetapi kutil masih tidak hilang. Jadi, pelbagai kaedah alami yang boleh dibuat bagi menghilangkan kutil antaranya:-

1. Kapur sireh - letak kapur sireh di kawasan yang ada kutil sehingga kering dengan kerap

2. Bawang putih - gosok bawang putih pada kutil dan  biarkan ianya kering. Lakukan hingga kutil hilang.

3. Cuka Epal - Dengan menggunakan kapas, tekap pada kutil ditampal dengan plaster. Biarkan hingga kering dan kapas yang kering diganti baru sehingga kutil hilang. 


4. Kulit pisang - Kulit pisang juga boleh digunakan untuk merawat masalah kutil. Caranya sama juga, gosok kutil dengan bahagian dalam kulit pisang sehingga kutil hilang.

5. Aloe Vera- Juga boleh digunakan untuk menghilangkan kutil.Gosok kutil dengan lendir aloe vera dengan kerap sehingga kutil hilang.

Kita hanya mencuba, insyaallah yang selebihnya berdoa kepada Allah yang Maha Penyembuh. 

Tuesday 8 March 2016

LAGI PETUA MENGURANGKAN UBAN, KALI INI DENGAN DAUN RAMBUTAN PULA

Mudah, ada di persekitaran kita dan yang paling penting, tiada kesan sampingan. Kecuali mungkin pada mereka yang alergik pada sayuran mungkin. 
Kali ini dengan daun rambutan pula. Buahnya kita boleh makan begitu sahaja, biji rambutan boleh direbus dan dimakan dan daunnya juga jangan disiakan! 
Kita gunakan untuk menghilangkan uban pula. 
Daun rambutan yang mempunyai tannin, polifenol, safonin  dan hormon yang mampu menghasilkan melanin atau pigmen rambut. Dengan adanya zat-zat ini rambut kembali sihat dan tidak mudah beruban. 
Caranya? Ramas atau tumbuk daun rambutan yang telah dibersihkan. Tambah air. Lumur ke kepala hingga ke akar rambut. Tunggu sehingga 20 minit dan bilas. Insyaallah, kita hanya mencuba. Kesembuhan itu datangnya dari Allah jua. Wallahualam.

PETUA MENGURANGKAN UBAN DI KEPALA

Adanya uban di kepala selalu menggambarkan peningkatan usia seseorang seiring masanya. Namun ada juga di kalangan kita sudah pun beruban pada awal 20an. Mengapa pula ia berlaku? 
Sebenarnya pigmen rambut yang sudah tidak lagi berfungsi dengan baik menyebabkan rambut akan memutih atau dalam erti kata lain beruban. Dan sekiranya ianya berlaku pada seseorang yang muda, antara penyebabnya ialah genetik, penggunaan minyak rambut yang bertukar ganti dan juga ada yang akibat stress. 
Ada cara mudah dan sihat untuk mengurangkan pertumbuhan uban di kepala secara semulajadi. Iaitu dengan penggunaan kulit kentang. 
Bagaimana?
Mudah sahaja,:- 
  • kupas kentang dan kulitnya direbus di dalam periuk. 
  • Air tidak perlu diletakkan begitu banyak, cukup sekadar memadai untuk melembutkan kulit kentang sahaja. 
  • Biarkan air tersebut sejuk dan tapis. Airnya disiram ke kulit kepala. 
  • Biarkan dalam 10 minit dan bilas
  • Ulang sekerap mungkin untuk setiap kali mandian untuk kesan yang lebih cepat
Cubalah...mana tahu. lagipun tiada kesan sampingan menggunakan bahan alami sebegini, bukan?
Gambar pokok kentang 

POKOK BELUNTAS



Beluntas merupakan tumbuhan semak yang bercabang banyak, berusuk halus, dan berbulu lembut. Umumnya tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman pagar atau bahkan tumbuh liar, tingginya boleh mencapai 3 meter apabila tidak dipangkas, sehingga seringkali ditanam sebagai  Beluntas dapat tumbuh di kawasan kering pada tanah yang keras dan berbatu, juga di kawasan  rendah hingga dataran tinggi pada ketinggian 1000 meter dari permukaan laut, memerlukan cukup cahaya matahari atau sedikit naungan, dan perbanyakannya dapat dilakukan dengan setek batang pada batang yang cukup tua.


Daun beluntas mengandung pelbagai nutrisi baik antaranya natrium, kalsium,  magnesium dan sebagainya. Bukan sahaja bahagian akar berkhasiat, malahan daun beluntas yang beraroma serta mempunyai rasa perit amat menyegarkan, berupaya untuk meningkatkan nafsu makan, membantu melancarkan pencernaan,  menghilangkan bau badan dan bau mulut, meredakan demam, sakit tulang, sakit pinggang, dan keputihan, manakala  akar beluntas berkhasiat dalam menghilangkan panas badan. Daun beluntas ini boleh dimakan begitu sahaja atau direbus.  










image dari khasiatherba.com 

Monday 7 March 2016

POKOK BAWANG PUTIH

Selalunya kita biasa melihat daun bawang merah yang digunakan dalam masakan terutamanya masakan berasaskan sup. Tapi tahukah anda, daun bawang putih sebenarnya lebih wangi jika digunakan di dalam masakan? 
Sebenarnya admin juga baru mengetahui mengenai khasiat daun bawang putih ini. Asalnya admin secara tidak sengaja menanam bawang putih yang telah tumbuh tunas dari dalam peti ais. Dari membazir, baik admin tanam.
Ini bawang putih yang selabu tumbuh tunas.

Dan ini pula, daun dari bawang putih selepas hampir 2 minggu ditanam. 


Daunnya bukan sahaja boleh dimasukkan ke dalam masakan, ,malahan ada petua yang mengatakan jika pokok bawang putih ini ditanam berdekatan pokok sayuran dsbg, insyallah dapat menghindar dari kehadiran serangga perosak. 
Mungkin disebabkan bau daun bawang putih yang agak kuat tidak digemari oleh serangga ini. 

Sunday 6 March 2016

TANAM POKOK AVOCADO DARI BIJI BENIH?

Sesiapa yang pernah merasai kelazatan buah avocado sudah pastinya ingin menanam sendiri pokok berkenaan bukan? Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Buahnya sebiji di sini boleh menjangkau RM5 ke RM7 sebiji, bukan sekilo . Sebiji. Mahal bukan?
Mungkin sebab pokok ini secara semulajadinya hidup di kawasan Eropah atau kawasan beriklim sejuk. Tetapi segalanya tidak  mustahil sekarang ini. Di negara kita Malaysia ada juga yang berjaya menanamnya dan berbuah pula. Seronok pula mendengarnya. 
Jom admin kongsikan teknik menanam dari benih. 


ps: ini sumbernya dari internet http://simpleorganiclife.org/wp-content/uploads/2015/05/avo.png.  Admin belum cuba. Nanti admin cuba dan berjaya tanam admin upload. 

KELEBIHAN KULIT TELUR

KELEBIHAN KULIT TELUR

Ramai yang kurang sedar kelebihan kulit telur kepada tanaman. Kulit telur ini sebenarnya memberikan nutrisi yang elok kepada tumbuhan malahan bertindak menghalang kehadiran serangga perosak tanaman, siput, cacing san sebagainya, Kulit telur yang dipecahkan atau dikisar halus boleh ditabur terus ke tanah. Walaupun kulit telur ini hanya akan dekompos dalam masa yang lama, tetapi ianya akan menambah kalsium yang diperlukan oleh tumbuhan terus ke dalam tanah.
Kebanyakkan pokok yang sesuai diletakkan baja kulit telur ini adalah pokok tomato, cili, labu dan sayuran lain yang mudah rosak dan akar yang mudah membusuk. 
Bagaimana pula kulit telur ini membantu mengawal serangan serangga perosak? Mudah sahaja, apabila serangga ini merayap di tanah yang diletakkan kulit telur ini, kulit telur yang tajam akan melukakan kulit serangga kecil ini mengakibatkan luka dan serangga akan mati akibat kekurangan air. 
Jadi, selepas ini, admin nasihatkan anda semua simpan sahaja kulit telur yang telah digunakan. Basuh bersih-bersih dan letakkan di kawasan kering. Insyallah, tiada bau busuk dan serangga malahan semut tidak akan lalu di kawasan tersebut. 
Admin biasanya letak di tepi tingkap sahaja, memang semut pun tidak mahu singgah ke tingkap dapur admin. Cubalah!!!





Ini gambar pokok cili admin cuba tanam. Tengok tu kulit telur yang bersepah. Banyak kan tunasnya. Nanti admin pindah dalam polybeg pula.

ps: Admin teringat masa kecil dahulu, ketika hendak ke sekolah admin selalu nampak pokok lidah jin yang diletakkan kulit telur di setiap hujungnya di kawasan rumah yang admin lalu. Admin ingat untuk hiasan, baru admin tahu apa kegunaannya. Hihi...

Wednesday 2 March 2016

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum.
Entry pertama kali ini.

Pokok Herba  Bangun-Bangun atau juga dikenali sebagai Cuban Oregano. 

Bangun-bangunbebangunpokok ubat batukraja bangunhati-hati hijau atau sedingin ataupun nama saintifiknya Plectranthus amboinicus / Coeus amboinicusmerupakan sejenis herba wangi dan boleh dimakan.
Ia selalunya dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional. Pucuk muda bangun-bangun segar dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, budu,cencaluk atau lain-lain pencecah. Rasanya manis, lemak sedikit pedas serta berangin.

Ciri Botani
Renek herba sederhana boleh tumbuh setinggi 1.2m. Batang berair, bersegi empat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hijau keperangan setelah matang. Daun tunggal, bersaiz sederhana besar, berbentuk bujur dengan hujung meruncing, lebar di bahagian bawah, tepi bergerigi sederhana besar, tebal, bertangkai sederhana panjang, tersusun bersetentangan dan mempunyai aroma yang kuat menyerupai bau jintan hitam. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan.

Khasiat:
Bangun-bangun mengandungi airgulakarbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.


Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan
juga digunakan secara tradisional dalam membantu mengurangkan batuk dan kahak
Caranya?

- Mudah sahaja, rebus daun bangun-bangun dan minum atau makan daun sebagai ulam. 

Teknik Penanaman?

Pokok bangun-bangun mudah ditanam dengan batang atau biji benihnya. Ia tahan lasak dan kurang perosak dan penyakit menyerangnya.
Ingin dapatkan anak pokok? Tinggalkan sahaja mesej di ruangan komen. Insyaallah kami akan membantu anda.